pantun lagi ni.

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Anna Abadi membeli ginseng
Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

dihimpun oleh budiprayoga..
by ana abadi.....

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

dihimpun budiprayoga

by Lagu Gurindam Jiwa




8 Comments:

  1. Anonymous said...
    yoga lagi seneng berpantun neh
    kalau gurindam xii..siapa hayooo pengarangnya..?
    Anonymous said...
    Wah.. jadi igt zaman SD dl suka main pantun sm tmn2...
    Acyhome said...
    suka pantun nich keliatan banget :)asli mana sich bang???
    gabriella said...
    burung gelatik
    burung kutilang
    sama sama bisa terbang!

    *hahaha, ngasal banget
    uNieQ said...
    cc paling ga pernah bisa berpantun :(
    Anonymous said...
    suka pantun ya? melayu sekali... hehe :P
    d3nfx said...
    ajarin donk...
    Unknown said...
    Gile choiy.....keren jualeh blog ente, mantaaaaaaaapp..

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.